Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 15, 2012

CHECKERED CAKE

Assalamualaikum.
semoga kekurangan kita diperbaiki dimasa hadapan..Apepun yg terjadi dlm hidup, laluinya dengan tabah k. So malam ini nak share tentang Cake pulok..hehehe...seperti biasa sya suka makan cake2 ni.. So klo nak kata kolestrol tu? faham2 jelah. But mesti pandai kawal diri okay....

Psstt ini gambaran kek sebenar setelah siap jeng3x 
Tanpa melengahkan masa jom buat kek ni...

CHECKERED CAKE nama diberi.....uhuhu


KEK PUTIH
190 gm telur - anggaran 4 biji di buang tali pusatnya.
110 gm gula castor
70 gm tepung
20 gm tepung jagung
30 gm butter
20 ml susu segar
1 sudu teh esen vanila - ita tambah

susu segar panaskan atas dapur bila dah suam masukkan butter.
Biarkan butter mencair
Kemudian tambahkan esen vanila.

KEK COKLAT
190 gm telur - anggaran 4 biji di buang tali pusatnya.
110 gm gula castor
60 gm tepung
10 gm tepung jagung
20 gm serbuk koko
20 gm butter
20 ml susu segar

sama juga seperti kek putihsusu segar panaskan atas dapur bila dah suam masukkan butter.
Biarkan butter mencair

KEK SPAN PUTIH Apa yang kita perlukan ialah loyang berukuran 7 inc.
Alas loyang dengan kertas minyak
Lapik tepi loyang dengan kertas minyak juga.
JANGAN di sapu dengan butter.
Bila dah siap, ketepikan.

Panaskan oven pada suhu 190C. Ita panaskan pada suhu 180C.
Suhu oven bergantung kepada kepanaskan oven dan mengikut juga jangka hayat oven itu di gunakan.

Panaskan oven pada suhu 190C. Ita panaskan pada suhu 180C.
Suhu oven bergantung kepada kepanaskan oven dan mengikut juga jangka hayat oven itu di gunakan.

Sekarang kita nak buat kek.
Proses membuat kek ni lain sedikit, ia menggunakan kaedah double boiler. Oleh itu ikut arahan dalam resepi.
Mula-mula kita masak air dalam periuk yang kecil. Biar air mendidih.
Dengan menggunakan mangkuk yang lebih besar dari periuk tadi, pecahkan
telur dan masukkan gula dalam mangkuk tersebut.

Letakkan mangkuk yang berisi gula dan telur di atas periuk yang telah mendidih airnya tadi.
Pastikan dasar mangkuk yang besar tidak menyentuh permukaan air.
Dengan menggunakan mixer, mulakan proses memukul telur dan gula secara double boiler tadi.
Terus memukul sehingga suhu adunan telur mencapai suhu badan (38C - 40C)
Jika tiada thermometer, jangan bimbang anda hanya perlu sentuh adunan dan rasakan suhunya agak2 suam-suam kuku.

Bila adunan dah mencapai suhu badan, tutup api.
Alihkan mangkuk dari periuk tadi dan terus memukul adunan telur sehingga ia menjadi ringan dan gebu. Ia mengambil masa yang agak panjang.
Anda akan dapati perubahan pada telur iaitu dari warna kuning kepada warna peach dan akhirnya menjadi warna putih.

Ayakkan tepung bersama tepung jagung ke dalam adunan telur tadi.
Dengan menggunakan spatula kaup balik adunan hingga rata.
Secara perlahan-lahan sahaja ye! jangan menggunakan mixer dan jangan pukul kuat-kuat kerana ini akan menganggu proses pengembangan telur tadi dan akan buatkan kek kita turun, atau bentat atau penyek setelah di bakar.
Oleh tu pastikan adunan di pukul secara kaup balik dengan perlahan.

Kemudian tuangkan pula susu dan butter yang telah di cairkan tadi.
Ita tambahkan 1 sudu kecil esen vanila

Dengan menggunakan spatula juga, kaup balik kek sehingga ia benar-benar sebati.
Jangan terlebih pukul adunan, kerana adunan akan hilang kegebuannya nanti akibat terlalu di pukul.

Masukkan adunan yang telah siap tadi ke dalam loyang.
Hentak kan loyang sekali, perlahan aje ye jangan kuat sangat!
Proses ini untuk mengurangkan gelembung udara yang berlebihan pada kek.
Bakar kek hanya menggunakan api bawah sahaja.
Letak loyang pada rak paling bawah.
Bakar pada suhu 190C ( ita bakar suhu 180C )
Proses membakar mengambil masa 25 - 30 minit.
Setelah kek masak terus keluarkan dari oven.
Terbalikkan terus kek atas redai
Sementara kek berada dalam oven kita buat pula kek coklat.
Kaedah membuat kek coklat sama juga seperti kek putih tadi.
Cuma bezanya kita tambahkan serbuk koko yang kita ayakkan sekali bersama tepung dan tepung jagung.

Sementara menunggu kek sejuk sepenuhnya, kita sediakan pula buttercream

BUTTERCREAM
400 gm butter
230 gm putih telur - anggaran 6 biji buang tali pusatnya
200 gm gula castor
50 ml air

Buttercream ni menggunakan telur. Sebenarnya kita boleh juga gunakan buttercream yang lain jika kita tidak suka butter yang menggunakan telur. Butter yang menggunakan telur ni sedikit hanyir baunya, untuk mengelakkan hanyir jangan masukkan tali pusat telur.
Kita juga boleh tambahkan esen vanila. Tapi esen vanila tu pastikan kita letak pada adunan butter jangan campur dgn adunan putih telur pulak! nanti tak jadi kita punya meringue.

Mula-mula kita satukan gula dan air
Masak atas dapur sehingga gula larut
Dalam masa yang sama kita pukul putih telur.
Bila sirap gula mencapai suhu 117 -120 C
Tuangkan dalam adunan putih telur yang kita sedang pukul tadi.
Teruskan memukul tanpa henti sehingga telur menjadi ringan gebu dan kaku.
Kaku - bila kita terbalikkan loyang telur tidak jatuh.
Pukul adunan putih telur sehingga adunan sejuk.

Jika tiada thermometer untuk mengukur suhu sirap jangan kuatir.
Bila kita tengok gula tu dan larut dan keluar gelembung udara yang besar dan gula dah sedikit pekat dan likat dah ok lah tu.
Bila dah siap ketepikan

Kita pukul butter pula hingga butter kita lembut.
Warna butter bertukar dari kuning ke putih dan sedikit creamy.
Masa memukul ni boleh lah kita tambahkan sedikit esen vanila untuk mengelakakn bau hanyir pada buttercream kita tadi.
Dengan menggunakan spatula, ambil 1/4 adunan putih telur dan satukan dengan adunan buter.
Gaul rata.
Bila dah rata tuang baki selebihnya dan gaul lagi hingga adunan sebati dan bergaul sempurna.
Bila dah siap bolehlah kita mulakan proses melapis kek.

PROSES MELAPIS KEK
Gunakan cutter ring bulat untuk memotong kek kepada bentuk bulatan.
Oleh kerana ita menggunakan loyang yang besar (9 inc) semasa membuat kek ni, ita memerlukan 3 ring bentuk bulatan ni.
Jika menggunakan loyang 7 inc ring bulat yang di cadangkan :
Ring besar - 12 cm (4.7 inc)

Mulakan dengan lapisan luar yang besar.
Susun atas lapik kek. Sapukan buttercream di sekeliling dalam lubang kek.
Masukkan satu lagi lapisan kek coklat di dalam kek putih.
Sapukan buttercream lagi. Ini adalah untuk melekatkan kek antara satu sama lain.
Jika tidak dilakukan proses ini kek akan tertanggal.


Selepas tu kita sapukan dan ratakan buttercream di atas kek.
Ulang langkah yang sama berselang seli setiap lapisan. Rujuk rajah 2
Buat sehingga semua lapisan siap di lapiskan.
Akhir sekali ratakan buttercream ke seluruh permukaan kek.
Licinkan lapisan dengan alat melicinkan kek atau spatula atau plastik keras.

CHOCOLATE GLAZE
300 gm coklat masakan gelap
370 gm Heavy cream

Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu.
Untuk Heavy cream pula ita tak ada, lagi pula bimbang kalau yang ada di pasaran tidak ada tanda Halal. Ita gantikan dengan whipping cream. Boleh juga ita rasa gantikan dengan susu cair tapi kurangkan sedikit sukatannya.

Caranya panaskan cream atas dapur hingga suam.
Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil.
Kacau rata sehingga semua coklat melarut.
Kemudian tapis.
Biarkan ia sejuk sepenuhnya.
Kek yang telah dikeluarkan dari peti ais, di letakkan atas redai.
Alas redai dengan tray atau dulang.
Curahkan coklat atas kek hingga semua permukaan kek di saluti chocolate glaze.
Dengan berhati-hati alihkan atas dulang kek.
Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam
Kemudian bolehlah hiasa kek mengikut kreativiti masing-masing.










Thanks....
semua kalau cekal mesti boleh siap...memang panjang cara dia...tapi actualy dia simple je pada sesiapa yang selalu buat cake ni...Tenkiu... selamat mencuba semua!

No comments:

Post a Comment